FAQ

Jika anda menjual dalam talian atau merancang untuk memulakan perniagaan dalam talian, anda memerlukan produk untuk dijual.

Tetapi dengan membeli produk-produk tersebut perniagaan anda akan lebih berisiko, lebih-lebih lagi anda perlu menguruskan Stok, pembungkusan dan penghantaran. Dropship Malaya membolehkan anda untuk memulakan dan menguruskan perniagaan online anda tanpa perlu bimbang untuk menjaga stok dan menguruskan penghantaran produk.

Didalam Dropship Malaya, anda boleh memilih apa saja untuk dijual daripada katalog dalam talian kami.Anda boleh memilih untuk menjual di media sosial, laman web anda sendiri atau mana-mana laman web dan platform yang anda ada. Setelah pembeli anda membuat pembelian, anda hanya perlu memaklumkan kepada kami nama item, kuantiti dan di mana untuk dihantar terus ke pelanggan anda.  Lebih-lebih lagi, tidak ada kuantiti pesanan minimum dari kami. Kami akan membuat penghantaran walaupun ianya hanya satu item.Kami telah bekerjasama dengan beberapa pembekal yang terbaik di seluruh Malaysia dalam usaha untuk mewujudkan talian produk yang menarik serta beratus-ratus produk yang terdiri daripada fesyen, Aksesori, Alatan dapur, Barangan bayi dan lebih lagi yang ditawarkan kepada anda secara langsung di Dropship Malaya. Bahagian yang terbaik ialah Dropship Malaya tidak mengambil apa-apa komisen daripada jualan anda.

Terpulanglah kepada anda untuk meletakkan harga jualan anda dan margin keuntungan anda. Anda hanya membeli dari kami pada harga pengedar.

Anda tidak perlu menyimpan stok,tidak perlu bimbang untuk menjaga stok dan menguruskan penghantaran produk kerana anda boleh mendapatkan produk terus dari Dropship Malaya. Dengan ini, anda boleh memberi tumpuan kepada menjual dan memasarkan produk. Anda juga turut hanya membayar Dropship Malaya pada harga borong jika ada yang membeli daripada anda. Dropship Malaya akan menghantar barangan tersebut terus kepada pembeli anda.

TIDAK. Anda tidak perlu bimbang tentang penyimpanan produk, pengurusan Stok, pembungkusan & penghantaran produk. Semua ini dijaga rapi oleh dropship malaya untuk anda supaya anda boleh memberi tumpuan untuk menjual produk.

Terdapat Harga Jualan Yang Disyorkan kepada ahli dan dinyatakan pada setiap item. Walau bagaimanapun, anda boleh memilih harga jualan anda, pastikan harga anda tidak terlalu tinggi daripada harga pasaran untuk kekal berdaya saing!

Setiap penghantaran datang dengan “tracking code” dari syarikat penghantaran. Anda boleh menjejaki status penghantaran dengan menggunakan sistem pengesanan yang disediakan oleh syarikat penghantaran.

Di mana mana platform di media sosial seperti facebook, Instagram, Carousell atau anda juga boleh menjual di laman web anda sekiranya anda memiliki laman web dan mana mana platform e-commerce seperti di Shopee, Lazada dan lain-lain.

YA. Kami telah menyediakan video tutorial yang akan membantu anda dalam membuat jualan. Selain itu, Anda juga boleh ke HQ untuk belajar secara dekat dengan kami dengan lebih mendalam tentang online marketing dan cara yang paling betul dan pantas untuk buat jualan.